| HAIRUL SAHRIN |
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Alhamdulillah, nak sambung blogger pulak. Berkaitan satu topik yang aerol kire begitu penting untuk kite semua refresh balik dalam diri kita. Perkara tersebut adalah berkaitan dengan adab. Pada saya semua sudah sedia maklum apa yang dimaksudkan dengan adab. Untuk rujukan jugak bolej rujuk link ini -----> http://insistnet.com/makna-adab-dalam-perspektif-pendidikan-islam-2/
.
Untuk perkongsian sebagai pedoman tanpa tujuan untuk mengaibkan sesiapa, hanya sebagai iktibar pada diri sendiri.
SITUASI : Ketika solat asar, erol singgah lah kat sebuah Mall di JB untuk tunaikan solat asar dengan niat adelah berjemaah. Alhamdulillah setibanya di surau tu, ade jemaah yang masih solat. Jadi aerol siap2 ambil wudhuk dan berjemaah sekali. Alhamdulillah seronok dapat berjemaah dalam perkara yang semata-mata mencari keredhaan Allah swt. Imam berwirid ringkas setelah usai solat. Kemudian memimpin bacaan doa. Mase tu ade 2 soff. Sedang semuah jemaah mengaminkan doa yang dibaca, tiba2 dalam pertengahan doa yang dibacakan. Telefon bimbit salah seorang jemaah di sof hadapan berdering. Dan beliau terus menjawab panggilan. Kemudian tanpa menantikan doa selesai dibacakan, beliau terus bangun sambil berbual melalui telefon tersebut dengan melintasi lima orang sahabat jemaah di soff hadapan dan belakang. Dalam hati bersangka baik, mungkin ade perkara kecemasan agaknya. Tapi, yang menjadikan aerol sedikit terkilan semasa melintasi jemaah lain, tidak sedikit pun badan beliau ditundukkan, bukan minta untuk diperlakukan sedemikian, tapi tujuan untuk menghormati jemaah2 yang lain.
Apabila pintu surau telah ditutup setelah beliau keluar, tiba2 suara beliau ketawa terbahak2 membuatkn hampir semua jemaah menoleh ke arah pintu termasuk aerol sendiri.
Jadi apa yang aerol nak pesan pada diri sendiri, walaupun dimana kita berada, adab perlu dijaga semata-mata ingin mencari keeredhaan Allah SWT. Hal ini kerana, sebagai seorang yang menjaga solat, kita sudah maklum akan adab2 yang perlu kita jaga Aerol mohon maaf andai perkara ini tidak patut ditulis sebegini.
Tapi untuk renungan bersama perkara ini adalah sangat perlu.
Adab dan tugas imam sebelum solat.
1. Imam hendaklah dalam keadaan bersuci.
2. Imam hendaklah datang ke masjid setelah azan dikumandangkan.
3. Imam hendaklah segera memulakan solat apabila berjemaah telah ramai. Jika jemaah tidak ramai, imam hendaklah menunggu seketika.
4. Imam hendaklah mempunyai keikhlasan yang sempurna terhadap para makmumnya.
5. Imam hendaklah melihat kiri dan kanan saf untuk memastikan kesempurnaan sebelum mengangkat takbir. Jika makmumnya seorang sahaja,imam hendaklah menyuruh makmum itu berdiri di sebelah kanan imam.
6. Dilarang seseorang menjadi imam jika di belakangnya ada orang yang lebih pandai dan utama kecuali orang berkenaan itu menolak. Jika berlaku demikian, maka bolehlah dia maju menjadi imam dan (dengan syarat) dia mengetahui syarat-syarat imam ada pada dirinya, ketika itu makruh menolaknya.
7. Hendaklah imam menjaga waktu solat dan solat pada awal waktu bagi mendapat keredaan Allah s.w.t kerana kelebihan solat pada awal waktu seperti kelebihan akhirat atas dunia.
Adab imam ketika solat
Hendaklah mengeraskan sedikit suara ketika membaca takbiratulihram supaya makmum dapat mengetahui bahawa imam telah memulakan solat.
Imam hendaklah diam seketika setelah membaca takbiratulihram sebelum membaca al-Fatihah. Ini bertujuan untuk memberi masa kepada makmum ntuk memulakan solatnya sebelum imam membaca al-Fatihah di samping membaca doa iftitah.
Imam hendaklah mensirkan(memperlahankan) bacaan ta’awuz iaitu bacaan( auzu billah).
Imam hendaklah menjaharkan bacaan al-Fatihah, ta’min dan surah pada rakaat pertama dan kedua dalam solat jahar dan mensirkan pada solat sir.
Imam hendaklah memanjangkan surah pada rakaat pertama dan memendekkan surah pada rakaat kedua.
Imam hendaklah melaksanakan rukun solat itu dengan tenang dan tertib, supaya makmum dapat melaksanakan solat dengan sempurna.
Imam hendaklah berusaha seboleh yang mungkin untuk meneladani cara Rasulullah mengimami para sahabatnya dalam solat. Antaranya ialah memerhati para jemaah, agar dia dapat mengetahui kadar bacaan surah yang akan dibacanya dalam solat itu.
Janganlah imam merosakkan sendi-sendi utama dalam solat, seperti meninggalkan tamakninah, perkara yang sunat dalam solat kerana hendak mengejar masa.
Imam hendaklah menunggu jemaah berdiri terlebih dahulu sebelum membaca al-fatihah pada rakaat selanjutnya.
Imam hendaklah berdiri seketika (sekurang-kurangnya sekadar bernafas dalam satu nafas) selepas membaca al-Fatihah dan selepas membaca surah.
Adab imam selepas solat.
Imam hendaklah menghadap kiblat sekadar membaca 3 kali istighfar dan sekadar membaca zikir yang dituntut membacanya sebelum merubah letak kakinya. Jika tidak terus keluar, imam hendaklah berpaling ke arah makmum dengan menghadap pipi kanannya atau pipi kirinya dan tetap menghadap ke arah makmum sekadar lama menanti jemaah wanita keluar. Setelah itu, imam hendaklah bangun dan mengerjakan solat sunat di tempat lain.
Adab makmum sebelum solat
1. Sebelum solat dilakukan,makmum hendaklah membaca tasbih,tahmid dan istighfar sebanyak sepuluh kali.
2. Kemudian membaca doa berikut:
رَبِّ أَعُوْذُبِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنَ وَأَعُوْذُبِكَ رَبِّيْ أَنْ يَحْضُرُوْنَ.
“Wahai tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan dan aku berlindung kepada-Mu wahai Tuhanku dari kehadiran syaitan-syaitan itu!”
3. Makmum hendaklah berdiri setelah bilal atau muazdzin mengucapkan:
قَدْ قَّامَتِّ الصَّلاَةُ قَدْ قَّامَتِ الصَّلاَةُ.
4. Makmum hendaklah berdiri dengan tenang dan apabila telah berdiri hendaklah membaca:
اللَّهُمَّ ءَتِنِي أَفْضَلَ مَايُؤْتِى عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ.
“Wahai Tuhanku, limpahkanlah kepadaku seutama-utama yang Engkau limpahkan kepada para hamba-Mu yang soleh-soleh.”
5. Makmum hendaklah memenuhi saf hadapan dahulu sebelum membuat saf yang berikutnya. Saf yang baru hendaklah dimulakan dari tengah.
Adab makmum dalam solat
1. Makmum hendaklah membaca takbiratul ihram setelah nyata bahawa imam telah selesai mengucapkan takbirnya.
2. Makmum hendaklah mendengar segala bacaan imam yang dijaharkan dan para makmum hendaklah membaca al-Fatihah di dalam hatinya mengiringi bacaan al-Fatihah imam.
3. Makmum hendaklah membaca amin bersama-sama imam dan jangan mendahului imam.
4. Makmum hendaklah mengerjakan rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan berdiri untuk melakukan solat rakaat berikutnya setelah imam sempurna mengerjakannya atau sesudah imam selesai membaca takbir intiwalnya.
5. Hendaklah makmum menyuarakan takbir intiqal dengan perlahan.
6. Makmum hendaklah memberi peringatan kepada imam jika imam terlupa ayat atau surah yang hendak dibacanya mengikut cara-cara yang dibenarkan oleh syarak.
Adab makmum selepas solat
1. Makmum dikehendaki untuk duduk seketika dan membaca zikir, tasbih dan tahmid.
2. Janganlah makmum berdiri sebelum imam bangkit dari duduknya. Hal ini telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabda baginda yang bermaksud:
“Bahawasanya aku ini adalah imam kamu kerana itulah jangan kamu mendahului aku melakukan rukuk, sujud, berdiri dan berpaling. Kerana sesungguhnya aku melihat kamu dari hadapan dan dari belakangku, kemudian Rasulullah bersabda: “Demi tuhan yang jiwaku di tangan-Nya, sekiranya kamu melihat apa yang aku lihat tentulah kamu sedikit tertawa dan banyak menangis!”
Susunan saf dari barisan hadapan
Sekiranya jemaah itu terdiri daripada beberapa kumpulan, maka saf itu hendaklah diatur seperti:-
1. Imam
2. Makmum lebih dewasa.
3. Kanak-kanak lelaki.
4. Kanak-kanak perempuan.
5. Perempuan dewasa.
Susunan makmum
Apabila seorang imam bersembahyang dengan seorang makmum, makmum berada dibelakang imam sebelah kanan.
Apabila datang seorang makmum yang lain, makmum tersebut hendaklah berada di sebelah kiri imam. Imam perlu ke hadapan dan makmum merapatkan saf.
Kedudukan kanak-kanak yang belum baligh ketika tiada orang dewasa, maka kedudukannya sama seperti orang dewasa.
Jama’ah perempuan yang bersolat di belakang lelaki, maka perempuan itu hendaklah berada di belakang jama’ah dan ke kiri sedikit.
Makruh bagi lelaki berada di belakang saf perempuan. Dan makruh juga perempuan berada di sebelah kiri dan kanan imam.
Jika seorang makmum sahaja, makruh baginya apabila ia berada di belakang sebelah kiri imam.
Makruh juga apabila semua makmum berada di sebelah kiri dan di sebelah kanan sahaja.
Apabila seorang makmum perempuan sahaja, maka perempuan itu perlu berada di sebelah kiri sedikit di belakang imam.
Diriwayatkan sebuah hadis daripada Rasullullah SAW mafhumnya:
“ Rasullullah SAW mengatur saf lelaki di depan saf kanak-kanak dan saf perempuan di belakang saf kanak-kanak”. (Riwayat Muslim).
Kelebihan berjemaah.
Pahala solat Jama’ah - 27 kali ganda berbanding solat berseorangan.
Setiap langkah untuk pergi berjama’ah akan mendapat kebaikan dan kenaikan darjat.
Merupakan cahaya orang Islam pada Hari Akhirat.
sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
“Gembirakanlah orang yang berjalan di dalam gelap menuju ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada Hari Akhirat”
Selain solat Jumaat, yang paling dituntut ialah Subuh, diikuti Isyak dan Asar berdasarkan Hadis berikut.
Solat Asar sangat dituntut berjama’ah kerana ia adalah solat al-Wusta (pertengahan).
Daripada Uthman bin Affan r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda dengan maksud:
“sesiapa yang sembahyang Isyak berjama’ah, seolah-olah dia telah bangun bersembahyang separuh malam, dan siapa yang sembahyang subuh berjama’ah, seolah-olah dia telah bangun bersembahyang pada keseluruhan malam”
Hikmah solat berjemaah
Mewujudkan rasa kemesraan, berkenal-kenalan, kerjasama antara umat Islam.
Melatih diri supaya berdisiplin dan cintakan ketaatan kepada perkara-perkara yang makruf.
Al-Durr al-Mukhtar berpendapat bahawa dengan solat berjama’ah dapat mewujudkan rasa persahabatan dan orang yang jahil tentang agama boleh belajar dengan orang yang alim.


