Assalammualaikum w.b.t semua…seperti biasa airrool harap semuanya
baik2 saja…baiklah..kali ini kita air-rool akan berbicara ttg satu perasaan
yang ada dalam diri kita semua…perasaan ini tak selalu wujud,tetapi apabila
ianya hadir akan member seribu tamparan yang begitu hebat dalam emosi kita
sebagai seorang yang normal…RASA BERSALAH vs DIPERSALAHKAN ( X tau ape yang
kita salah)….semua kita pernah hadapi perasaan ini…tetapi semuanya dalam
situasi yang berbeza kepada setiap kita…sebab semuanya mempunyai alas an dan
sebab yang tersendiri…apa yang paling penting,dalam coretan kali ini, air_rool
akan lebih fokuskan kepada rasa DIPERSALAHKAN (x tau ape yang kita salah)….
Siapa yang x prnah melakukan kesalahan @ kesilapan yang melibatkan
perasaan orang di sekeliling kita semua ????? (
sila angkat tangan macam ucop whell chair)….ahahahahaah…rasa2 nya kalau
adalah yang x pernah melakukan perkara ini boleh tabalkan diri die menjadi
dokter perasaan…..sebab sentiasa memahami perasaan orang2 di sekeliling…heheheheh…..
Kita sebagai manusia berusaha untuk menggembirakan setiap insan
yang berada disekitar kita, namun kita perlu sedar tidak semua jari akan tunduk
untuk mempercayai kesetiaan dalam persahabtan ini…ingat, dari kelima2 jari yang
kita miliki adakalanya hanya satu yang mengakui kesetiaan kita dalam tautan
persahabatan…yang empat lainnya mungkin akan menyebabkan kita merasa sesuatu
bebanan ekoran daripada ketidaksempurnaan kita akan membuat kita resah,dan
menjadikan ketenteraman jiwa kita semakin pudar untuk memberikan keyakinan pada
diri kita dalam memastikan kita hanyalah insan kerdil yang tidak mampu
memuaskan hati semua…
Apapun diharap,dalam masa
yang ada kita semua perlu ada suatu ruang masa untuk muhasabah diri kita dalam
mencari setiap lopak2 kekhilafan yang pernah kita lakukan sama ada perkara
tersebut Nampak pada zahirnya ataupun sebaliknya…kerana semua kita adalah sama
disisinya…yang penting ketulusan,keikhlasan,kesabaran diri kita perlulah selari
dengan niat kebaikan untuk membimbing diri kita dan semua ke arah kebaikan…INSYAALLAH…
Windu_b/2010