Salam semua….apa khabar..harap semuanya sihat2 belaka…kali
ni..air_rool rasa sunyi sangat2 sebab sorang2 kat umah…tapi xpe…sebab die ade
skali untuk temankan air_rool kat cni…”PENGORBANAN”….suatu perkataan yang
membawa terlalu mendalam maknanya jika kita fikirkan dengan hati yang tulus…adakah
ini pengorbanan dirimu untuk kami semua sahabatku…kenapa sampai ke tahap ini…kenapa
dirimu yang perlu menjadi korban untuk semua ini…mungkin orang lain tak tahu….tapi
bagi diriku…semuanya terasa seolah2 dirimu inginkan suatu kehidupan yang baru
untuk kami semua sahabatmu dalam dirimu temanku…keadaan ini terlalu pahit
untukku telan kerana ianya telah melibatkan dirimu yang terlalu baik kepadaku…menjaga
diriku selama ini…makan minumku dikau tak pernah terlupa walau sedetik pun
sahabatku….kesedihan yang ku alami dikau hiburkan dengan apa jua senda untuk
mengukir senyuman diwajahku…masalah ku dikau menjadi pendengar yang setia…dengan
wajah yang tenang,kata2 yang lembut dikau berikan jalan untuk selesaikannya….tapi
sekarang apa yang dapatku rasakan…hanya potretmu menjadi pengubat luka
kerinduan dihati ini…mungkin ini semua akan membuatkan diri kami semua
menghargai satu persahabatan yang perlu dijalinkan hingga bila2 masa sekalipun….tapi.terus
terang sahabatku,diriku masih belum mampu untuk merima semua ini…tapi akan ku
cuba….bukan untuk melupakan dirimu….tapi cuba untuk sentiasa meletakkan dirimu
sebagai sahabat yang tak akan pernah pudar dari ingatan ini…YA ALLAH…sesungguhnya
engkau maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambamu…aku memohon kepadamu agar
dikau tempatkan sahabatku ini dalam kalangan orang2 yang beriman dalam syurga
firdaus mu YA ALLAH…dia terlalu baik dan terlalu istimewa untuk ku YA ALLAH….semoga
dirimu sahabat sentiasa tenang dan aman di sana…tekadmu sentiasa ku ingat untuk
ku bawa pulang dan tunjukkan padamu sahabat ku…..air mata ini sentiasa mengalir
apabila picisan doa ku pohon untuk kesejahteraan mu sahabatku….terlalu merindui
dirimu…dikau lah sahabat ku dunia n akhirat sahabatku….
S.O.R.R.Y/2010_windu_b

No comments:
Post a Comment