Saturday, July 16, 2011

~keseorangan lebih baik~



kadang kala diri terasa seolah bagai debu
sentiasa berkunjung ke setiap ruang di alam ini
di mana tempat gugurnya
situlah taman sapaan nya
di mana tempat hilangnya
akan muncul di lain letaknya

mungkin lebih baik jika sentiasa bersenja
daripada sinaran yang banyak berduka
merungkai citra yang penuh riasa
dan mampu merapuhkan selesa
kala tiada sapa merona detik-detiknya
kerana ianya aman merasa

benar belaka jiwa sentosa
usah ditanya kemana arahnya
pendam ria leraikan lara
agar tidak terkurung di dada
kerana semuanya telah kurasa
malahan keseorangan lebih baik hendaknya...

~rasa diri tak dihargai~



setiap kali rayuan pertolongan kunjung tiba
hati terasa ringan untuk menghulurkan
kerana tidak ingin melihat kehampaan tiba
biar apa balasan diterima
bunga senyuman perlu mekar bak biasa

bukan inginkan pemberian daripadanya
hanya tata sila yang perlu zahirnya
namun tiada apa yang mampu di laksana
hanya hati ingin berkata-kata
biar riak muka ukir bahagia

namun semuanya hanya angin senja
bertiup seolah tiada yang daya
kunjungnya tiba begitu sua
namun pulangnya iringi lara menimpa
tinggi rasa diri tak di hargai

Friday, July 15, 2011

jangan zahirkan kepayahan pada wajah...


dia mengetahui segalanya
semuanya telah termaktub hendaknya
susah payah likunya
senang ria hayatnya
suatu perjalanan yang amat semupurna

walau apa pun jua
hati mampu menjadi semua yang diilhamkan
biarlah ianya menjadi satu orak langkah
untuk kita mengecapi erti kehidupan
pastikan ianya kita lalui dengan kesabaran
biar siapa pun menyapa kita
lemparkanlah senyuman bahagia
jangan zahirkan kepayahan pada wajah kita....

~orang lain tak akan suka melihat kegembiraan kita~,

Friday, July 1, 2011

silap dulu.....


jika dikenang kembali
pasti banyak yang mencuit hati
kenangan manis
kenangan pahit
semuanya indah belaka

walau apapun
tiada yang amat indah
melainkan ianya
diri sendiri yang lalui
dalam apa jua keadaan

kalau ada yang pahit sekalipun
perkara biarkan jadi pedoman
pahatkan menjadi iktibar dalam diri kita
agar mampu disemai menjadi kuntuman mewangi
dalam menghilangkan silap dulu untuk seketika...