
setiap kali rayuan pertolongan kunjung tiba
hati terasa ringan untuk menghulurkan
kerana tidak ingin melihat kehampaan tiba
biar apa balasan diterima
bunga senyuman perlu mekar bak biasa
bukan inginkan pemberian daripadanya
hanya tata sila yang perlu zahirnya
namun tiada apa yang mampu di laksana
hanya hati ingin berkata-kata
biar riak muka ukir bahagia
namun semuanya hanya angin senja
bertiup seolah tiada yang daya
kunjungnya tiba begitu sua
namun pulangnya iringi lara menimpa
tinggi rasa diri tak di hargai
No comments:
Post a Comment