Saturday, July 16, 2011

~keseorangan lebih baik~



kadang kala diri terasa seolah bagai debu
sentiasa berkunjung ke setiap ruang di alam ini
di mana tempat gugurnya
situlah taman sapaan nya
di mana tempat hilangnya
akan muncul di lain letaknya

mungkin lebih baik jika sentiasa bersenja
daripada sinaran yang banyak berduka
merungkai citra yang penuh riasa
dan mampu merapuhkan selesa
kala tiada sapa merona detik-detiknya
kerana ianya aman merasa

benar belaka jiwa sentosa
usah ditanya kemana arahnya
pendam ria leraikan lara
agar tidak terkurung di dada
kerana semuanya telah kurasa
malahan keseorangan lebih baik hendaknya...

No comments:

Post a Comment