Saturday, July 16, 2011

~keseorangan lebih baik~



kadang kala diri terasa seolah bagai debu
sentiasa berkunjung ke setiap ruang di alam ini
di mana tempat gugurnya
situlah taman sapaan nya
di mana tempat hilangnya
akan muncul di lain letaknya

mungkin lebih baik jika sentiasa bersenja
daripada sinaran yang banyak berduka
merungkai citra yang penuh riasa
dan mampu merapuhkan selesa
kala tiada sapa merona detik-detiknya
kerana ianya aman merasa

benar belaka jiwa sentosa
usah ditanya kemana arahnya
pendam ria leraikan lara
agar tidak terkurung di dada
kerana semuanya telah kurasa
malahan keseorangan lebih baik hendaknya...

~rasa diri tak dihargai~



setiap kali rayuan pertolongan kunjung tiba
hati terasa ringan untuk menghulurkan
kerana tidak ingin melihat kehampaan tiba
biar apa balasan diterima
bunga senyuman perlu mekar bak biasa

bukan inginkan pemberian daripadanya
hanya tata sila yang perlu zahirnya
namun tiada apa yang mampu di laksana
hanya hati ingin berkata-kata
biar riak muka ukir bahagia

namun semuanya hanya angin senja
bertiup seolah tiada yang daya
kunjungnya tiba begitu sua
namun pulangnya iringi lara menimpa
tinggi rasa diri tak di hargai

Friday, July 15, 2011

jangan zahirkan kepayahan pada wajah...


dia mengetahui segalanya
semuanya telah termaktub hendaknya
susah payah likunya
senang ria hayatnya
suatu perjalanan yang amat semupurna

walau apa pun jua
hati mampu menjadi semua yang diilhamkan
biarlah ianya menjadi satu orak langkah
untuk kita mengecapi erti kehidupan
pastikan ianya kita lalui dengan kesabaran
biar siapa pun menyapa kita
lemparkanlah senyuman bahagia
jangan zahirkan kepayahan pada wajah kita....

~orang lain tak akan suka melihat kegembiraan kita~,

Friday, July 1, 2011

silap dulu.....


jika dikenang kembali
pasti banyak yang mencuit hati
kenangan manis
kenangan pahit
semuanya indah belaka

walau apapun
tiada yang amat indah
melainkan ianya
diri sendiri yang lalui
dalam apa jua keadaan

kalau ada yang pahit sekalipun
perkara biarkan jadi pedoman
pahatkan menjadi iktibar dalam diri kita
agar mampu disemai menjadi kuntuman mewangi
dalam menghilangkan silap dulu untuk seketika...

Wednesday, June 29, 2011

~susah senang~


perkara rumit mendatangkan masalah,
perkara mudah memberikan ketenangan,

apa pun jua yang datang
terima seadanya
dengan anggapan bahawa
itulah kehidupan kita
yang penuh dengan
warna keriangan dan keresahan

jangan mengeluh kepadanya
biarkan berlalu disisi bersama
agar terasa pahit manisnya
li anna ianya amat berharga
mengajar kita pelbagai makna
dalam susah ada senangnya
dalam musibah ada hikmahnya


~rezeki~


semua orang ada kelebihan dan kelemahan diri
walaupun azalinya merupakan hamba yang esa
namun setiap yang ada pada diri ini
hanyalah pinjaman semata
bukan nya kekal untuk sehayatnya
kerana ianya datang hanya skali untuk selamanya
manfaatkkanlah sebai

Tuesday, June 28, 2011

~ win_du ~

semua orang akan melewati perasaan ini,
cuma iannya berbeza dari segi cara melaluinya,
ada yang menangis,
ada yang mendengar irama yang pernah didengarkan bersama,
ada yang membuat sesuatu perkara yang mampu mengingatkan kembali detik ketikanya,
ada yang mengalirkan air mata yang tulus dari hati,
ada yang menatap potret yang menggambarkan kegembiraan yang riang,
ada yang menghubungi untuk melepaskan kerinduan dijiwa,
ada yang berutus melalui mesin pesanan ringkas,
ada yang melalui laman sosial terkini,
semuanya amat indah jika kekal selamanya...
antara semua....
sesungguhnya PERSAHABATAN itu amat indah....

~orang tak akan suka melihat kebahagiaan yang kita nikmati~

janji 0 thinking.....


masalah memang banyak
dan tak akan pernah habis
malahan akan bertambah setiap masa
cuma bergantung
kepada diri kita sendiri
untuk memastikan
agar setiap masalah tersebut
tidak akan
dizahirkan pada fizikal kita
kerana ianya
akan mampu memberikan
keruwetan kepada siapa pun
yang berada di sekeliling kita

Thursday, June 9, 2011

ibu




untukmu ibu........

Terima Kasih Ibu...
Untukmu Ibu bacalah sajak ini....
Gugurnya Kelopak Itu...
Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.
Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.
Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.
Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.
Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.
Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.
Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.
Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.
khas buat ibu tersayang..
al-fatihah

salam